Tuesday, November 22, 2011

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.


Dari ulasan A.Kadir Jasin diatas yang telah di siarkan dalam "The Scribe A Kadir Jasin" kita telah diperlihatkan dengan jelas bahawa Najib telah diperbodohkan oleh Lee Hsien Loong..

Sunday, November 6, 2011

DAP memerintah...

1. polemik terbaru berkaitan hasrat DAP jika gabungan pakatan rakyat memerintah jika mereka menang pada pilihanraya akan datang.iaitu ingin mengurangkan bilangan kakitangan awam di malaysia.

2. Dalam konteks malaysia iaitu salah sebuah negara yang mempunyai kakitangan yang besar dalam sektor awam iaitu 1.2 juta berbanding rakyat yang kurang 30 juta.
3. Pada fikiran saya cadangan DAP tu kalau ikhlas wajar di beri pertimbangan yang sewajarnya walaupun ada sesetengah pihak berpendapat cadangan itu bersifat rasist sejauh mana kebenaranya kena lah kita sebagai manusia yang boleh berfiki renunglah dan analisis di otak masing masing.
4. Tony Pua salah seorang pemimpin DAP yang berpengaruh meluahkan rancangan tersebut ketika si temubual oleh sebuah akhbar berbahasa cina,seperti yang di ketahui umum kakitangan kerajaan di malaysi ini banyak bangsa melayu.
5. DAP sebuah parti yang cauvinis cina mungkin ada niat lain. Setelah berjaya menguasai sektor swasta mungkin mereka ingin menguasai sektor awam.
6. pakatan rakyat terutama DAP sering menyerang intintusi melayu di media massa dan media alternatif. dalam usaha menghakis kuasa orang melyu di bumi malaysia ini.
7. sudah terbukti parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang melayu dalam sektor awam. ramai melayu yang menyokong pembangkang tidak nampak kerana mereka di sogokkan dengan penerangan yang berat sebelah dan kerana terlalu bencikan barisan nasional, mereka tidak mahu lagi berfikir bahawa tindakan DAP itu akan menyusahkan anak bangsa melayu pada masa depan, setelah penguasaan di sektor swasta telah di monopoli oleh bangsa cina.
8. Saya tidak menulis di sini kerana marahkan bangsa tertentu sekadar ingin meluahkan ketidakadilan yang akan dilakukkan oleh kaum pendatang terhadap pemilik bumi bertuah ini.
9. Bangsa melayu kena sedar tipu helah DAP yang mahu menjadikan melyu di sini seperti melayu singapura yang terpingir dalam semua segi di republik itu.
10. Saya cuma mahu melayu sedar kerana marahkan nyamuk kelambu fi bakar berfikirlah sebaik mungkin sebelum menyokong parti tertentu pada pilihanraya yang menurut penganalisis politik tidak lama lagi akan di adakan... tak akan melayu hilang di dunia cuma takut kuasa yang akan hilang dengan trend perpecahan orang melayu pada hari ini. berkorbanlah demi agama dan bangsa.

Sunday, September 18, 2011

10 Perkara Yang Merosakkan Otak






Tidak bersarapan - mengakibatkan kandungan gula dalam darah menjadi rendah seterusnya otak akan kekurangan zat dan menyebabkan keupayaannya merosot.
Terlebih makan - menyebabkah saluran darah pada otak mengeras dan melemahkan keupayaannya.
Merokok - otak menjadi kecut dan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer
Berlebihan pengambilan gula - mengganggu proses penyerapan protein dan zat dan seterusnya tubuh badan akan berkurangan zat makanan. Ini mengganggu perkembangan otak
Pencemaran udara - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan oksigen. Menyedut udara yang tercemar menyebabkan otak kekurangan oksigen seterusnya mengurangkan kecekapan otak
Tidur tak cukup - tidur merehatkan otak. Kurang tidur menyebabkan mempercepatkan kematian sel-sel otak.
Serkup kepala ketika tidur - dengan menyerkup kepala ketika tidur, kepekatan gas karbon dioksida meningkat dan kepekatan gas oksigen menurun. Ini mampu menigkatkan kesan kerosakkan otak
Menggunakan otak ketika sakit - Kuat berfikir seperti mentelaah pelajaran ketika sakit mengurangkan kecekapan otak dan boleh membawa kepada kerosakan otak.
Kurang berfikir (ketika sihat) - Senaman untuk otak adalah berfikir dengan serius. Kurang aktiviti itu menyebabkan otak mengecut.
Kurang bercakap - Berbual perkara-perkara yang berat dan serius atau berbincang membantu kecekapan dan perkembangan otak.
Kesimpulannya adalah jaga makan, jaga tidur , sering berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat dan sering bertukar-tukar fikiran melalui perbincangan secara intelektual amat penting untuk menjadi manusia yang menjaga otaknya dan menunaikan amanah serta tanggung jawabnya sebagai khalifah di muka bumi.
Anda mungkin juga meminati:
Satu Lagi Projek Derhaka BN Pada Institusi Raja-Raja ...
Membantu Ingatan Yang Dah Tak Kuat Waktu Berumur
Tender Membekal Kasut Kulit Wanita RM27.5 Juta Kepada ...
Sekolah Pasang Kuat Baca Quran Sebelum Subuh Hingga Habis ...
LinkWithin
Posted by Mohd Shubhi at Sunday, September 18, 2011
Reactions:
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

0 comments:
Post a Comment

Links to this post
ULAMA PEWARIS NABI: PERSOALAN YANG TIADA JAWAPAN !
Create a Link



Wednesday, September 14, 2011

melayu malaysia

1. orang melayu merupakan penduduk asal tanah melayu,orang melayu menurut sejarah beribu tahun dahulu berasal dari tanah tunggi yunan.

2. melayu di malaysia menurut perlembagaan negara ialah yang beragama islam dan mengamalkan adat istiadat melayu.

3.melayu di Malaysia tidak sama melayu di negara lain terutama melayu yang tinggal di Indonesia yang mengamalkan agama lain seperti kristian dan agama lain.

4. setelah 54 tahun merdeka orang melayu di malaysia mula berpecah kepada beberapa puak kerana fahaman pilitik yang di anuti masing-masing.

5. perpecahan pada kali ini merupakan pepercahan yang paling membimbangkan kerana perpecahan kali ini mungkin akan merugikan orang melayu, kerana di kala kita berpecah bangsa lain bersatu wlaupun berlainan parti politik, tetapi apabila melibatkan bangsa dan kepentingan mereka,mereka akan bersatu

6.melayu di malaysia susah untuk bersatu walaupun melibatkan kepentingan bangsa mahupun agama dan ini merungsikan saya dan orang melayu yang mempunyai fikiran seperti saya.

7.Saya tidak boleh berfikir tentang masa depan orang melayu untuk 54 tahun akan datang, kalau melayu pada hari ini bersama- sama dengan bangsa lain menghentam bangsa sendiri.

8.Melayu hari ini sangup mempertikaikan sejarah kita sendiri demi politik dan politiklah membuat bangsa lain semakin berani mempertikaikan hak keistimewaan melayu dan agama islam sebagai agama rasmi kerana orang melayu sendiri berada di belakang bangsa asing yang lupa daratan.

9. semua pihak di Malaysia kena ingat orang melayu kunci keamanan di malaysia ini, bacalah berita dari luar negara kita tak nak di Malaysia akan berlaku perang saudara dan akhirnya pembngunan selama 54 tahun akan musnah begitu sahaja.

10. Kerajaan pula jangan terlalu lembut dengan pengkhianat dan orang yang merbahaya kepada kestabilan negara.

Saturday, January 30, 2010

parti politik melayu...

  1. malaysia merupakan negara yang berbagai kaum dan agama. mengikut sejarah malaysia di kenali sebagai tanah melayu,sebelum kemerdekaan. kerana tanah melayu di jajah menyebabkan berlaku nya apa yang ada di malaysia pada hari ini.
  2. saya tidak mahu menyakahkan sesiapa yang menyebabkan bangsa melayu terpaksa berkongsi tanah melayu dengan ornag bukan melayu pada hari ini. kemurahan hati datuk nenek kita yang terlalu baik telah menyebabkan struktur bangsa di tanah melayu berubah.
  3. kerana terllau inginkan kemerdekaan dengna cara cepat dan tanpa menumpahkan darah kita sanggup memberikan kerakyatan kepada bangsa lain.
  4. itu cerita sebelum merdeka.kita banyak telah berkorban manakala cerita pada hari in pasca pilihnraya umum 2008,telah menyebabkan parti melayu sibuk menjaga kebajikan kaum lain berbanding bangsa melayu kerana ingikan undi bukan melayu.
  5. cuba kita renungkan apa sebenarnya yang berlaku kepada parti melayu di malaysia samada UMNO atau PAS.

Thursday, January 28, 2010

harimau muda

  1. asalamualaikum...dan salam satu malaysia... ini merupakan posting saya yang pertama setelah mendaftar blog..saya sendiri.
  2. selama ini saya hanya mendebgar kawan2 mempunyai blog sendiri.
  3. posting saya yang pertama ialah megenai pasukan harimau muda yang cemerlang di liga perdana.
  4. tapi yang lucunya...persatuan bola sepak malaysia(FAM), di mana pasukan Harimau muda di riuhkan akan bermain di liga singapura.
  5. FAM sebelaum meriuhkan perkara penting tentang masa depan pasukan harimau muda hendaklah mendapatkan kepastian dari pihak berkuasa bola sepak negara jiran sebelum sibuk memberitahu rakyat dan media negara ini tentang kedudukan Harimau Muda.
  6. setelah gagal bermain di liga S, FAM membuat pusingan U mencadangkan Harimau Muda bermain di liga tempatan. pengurusan bola sepakmalaysia masih di takut lama. kita akan mendapat tahu kemana arah tuju hariamau muda pada 30.01.2010..di mana pihak pengurusan FAM akan membuat keputusan ke mana arah tuju harimau Muda yang di bawa bimbingan Azraai khor Abdulah.
  7. di harap keputusan di buat tidak akan menjadikan harimau muda sebuah pasukanyang semakin lemah, dan dalam masa yang sama tidak akan menjejaskan jadual perlawanan liga yang telah berlangsung.\
  8. sama-sama lah kita tunggu.